tidak dinafikan bahawa kad kredit ini banyak menberikan kemudahan kepada pengguna tanpa perlu membawa wang tunai. namun ianya boleh mengundang padah sekiranya kita gagal mengawal pengunaan kad kredit.
kelebihan KK
1. memberikan kemudahan kepada orang ramai membeli belah tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak
2. lebih selamat sekiranya diragut atau dirompak kerana tiada wang tunai bersama sama
3. pengeluar KK menyediakan perkhidmatan seperti insurens kemalangan,insuren nyawa dll
4. boleh menaikkan had kredit pengeluaran pada bila bila masa
5. Boleh mengeluarkan wang daripada mana mana mesin ATM sekiranya berlaku kecemasan
keburukan KK
1. menyebabkan perubahan gaya hidup manusia.
2. perbelanjaan yang melampau atau berlebihan ke atas barang2 kehendak
3. akan dibelenggu oleh hutang yang remeh temeh
4. kecenderungan untuk menambah kad kredit lebih daripada satu apabila kad pertama telah sampai kredit limit atau belum menjelaskan hutang
5. KK akan meragut kekayaan manusia yang berada di masa hadapan
cara cara menangani masalah hutang KK
1. jangan buat hutang baru
sekiranya kita mempunyai hutang KK jangan buat hutang baru sekiranya kita belum menyelesaikannya. ada sesetengah orang akan membayar kredit paling minimun rm50 agar KK masih boleh digunakan. interest KK adalah 1.5% sebulan sekiranya kita telah mencapai setahun maka nilainya adalah 18%. jauh lebih tinggi daripada interest pinjaman peribadi
2. jangan bayar kadar bayaran paling minimun
seboleh boleh kita hendaklah membayar hutang kad lebih daripada jumlah minimun. biar rugi dahulu jangan rugi kemudian. sekiranya anda ada beberapa hutang KK sila jelaskan KK yang mempunyai hutang paling tinggi.
3. Gunakan duit simpanan untuk bayar hutang KK
sekiranya kita mempunyai simpanan, sila gunakan wang tersebut untuk membayar hutang KK. walaupun simpanan tersebut memberikan pulangan 4 - 8% setahun tetapi kadar faedah hutang kad kredit adalah 18% setahun.
4. sediakan pelan kewangan
anda digalakkan membuat pelan kewangan secara bertulis. tanpa pelan kewangan yang betul anda akan gagal membuat perancangan yang tepat. senarai semua aliran tunai keluar masuk
5. ubah gaya hidup
kerana inginkan gaya hidup yang mewah, ada dikalangan kita yang sanggup berhutang. cara paling senang untuk berhutang adalah menggunakan KK
6. berunding dengan pihak bank
sekiranya anda gagal untuk menjelaskan hutang KK, sila berhubung dengan pihak bank. ceritakan masalah anda dan cara pembayaran yang ingin dilakukan.
7. kurangkan kad kredit
sekiranya anda mempunyai beberapa KK sila kurangkan kad tersebut menjadi satu sahaja
8. pinjaman daripada ahli keluarga
cara ini merupakan jalan terakhir kepada penyelesaian masalah KK. Membuat pinjaman daripada ahli keluarga. ini kerana pinjaman daripada keluarga tiada kadar faedah. tetapi jangan lupa membayar balik hutang yang telah kita buat. "hutang wajib dibayar walaupon tidak dituntut"
KK bukan lah simbol kemewahan tetapi simbol hutang. Menggunakan kad kredit sama seolah olah kita menggambil kemewahan atau kekayaan yang sepatut kita miliki pada masa hadapan dan menggunakannya pada hari ini. sebaik baiknya perbelanjaan hendaklah dilakukan dengan wang tunai bagi mereka yang tidak tahu menguruskan kewangan. pengunaan tunai lebih mudah dihitung berbanding mengunakkan KK. perbelanjaan yang melebihi had pendapatan juga menyebabkan kita sentiasa dibelenggu oleh hutang. berbelanjalah dengan berhemah. hargai ialah masa depan kita.sentiasa amalan diet berbelanja. cara yang terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan adalah dengan cara menabung/simpanan dan bukan melalui kad kredit. akhir kata, biar lambat asalkan jimat ^_^