cara terbaik untuk menguruskan aliran tunai adalah dengan merekod setiap aliran wang masuk dan aliran wang keluar. tanpa rekod yang betul tentu susah bagi untuk mengira jumlah perbelanjaan dan pendapatan kita. menguruskan aliran tunai juga boleh diibaratkan menguruskan sebuah peniagaan. setiap urusniaga yang dijalankan harus direkod. begitu juga kita menguruskan aliran tunai kita.
contoh rekod perbelanjaan harian. sila masukkan tarikh dan jenis perbelanjaan yang dilakukan.
Tarikh
|
Perbelanjaan
|
Tunai
|
Kad kredit
|
11/04/2011
|
Sarapan pagi
|
Rm 2.00
| |
11/04/2011
|
Suratkhabar
|
Rm 1.50
| |
11/04/2011
|
Petrol
|
Rm 50.00
| |
11/04/2011
|
Topup
|
Rm 10.00
| |
11/04/2011
|
Makan tengahari
|
Rm 5.00
| |
11/04/2011
|
Makan malam
|
Rm 4.00
| |
11/04/2011
|
Tol
|
Rm 3.00
|
*hendaklah diisi setiap hari untuk tujuan rekod aliran tunai keluar
Setelah kita mengira aliran wang masuk dan aliran wang keluar kita akan dapat mengetahui jumlah wang yang telah dibelanjakan dan baki pendapatan kita. selepas itu kita boleh mengagihkan pendapatan kita untuk pelaburan, pelan persaraan, kesihatan, tabungan, simpanan dan lain lain.
contoh template belanjawan bulanan
*klik image untuk saiz lebih besar
*sila ubah/padam perkara yang tidak kaitan. template ini diambil daripada website bijakbudjet.8m.com. terima kasih ia sangat berguna
sesiapa yang ingin template ini boleh email saya marvelousronna@gmail.com atau pon download kat sini ---> template bajet
di dalam era teknologi maklumat tidak begitu susah untuk merekod belajawan seharian. kita boleh membuat rekod melalui microsoft word atau pon excel. terdapat juga software yang menyediakan application untuk menguruskan kewangan, belajawan,pebelanjaan seharian, bulanan mahupun tahunan. tanpa rekod yang betul kemungkinan wang kita akan hilang tanpa dikesan. banyak dikalangan selalu merungut "duit habis tetapi satu barang pon tak nampak dibeli" maka merekodkan perbelanjaaan adalah jalan penyelesaiannya. antara application yang sangat berguna adalah "acemoney lite". saya juga mengunakan software ini kerana ia sangat mudah dan sangat berguna. terdapat beberapa software lain yang boleh digunakan. ada yang free dan ada yang berbayar.
akhir kata, hargai wang yang anda perolehi. usah biarkan ianya hilang begitu sahaja. sekiranya kita bandingkan masa untuk mencari wang dengan masa untuk habiskan wang tentu kita akan terkejut. mencari wang mengambil masa 1 bulan tetapi menghabiskan wang boleh dilakukan dalam masa 1 hari. jangan lupa untuk mencuba dan lihat lah hasilnya. banyak orang telah berjaya menjimatkan wang dengan kaedah ini. selamat mencuba