Memilih pelaburan yang betul
1) matlamat dan keperluan anda
- pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda, sama ada untuk membeli rumah, menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anak anda atau pelan pesaraan.
- ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. contohnya jika anda masih muda anda boleh membuat pelaburan secara relatifnya lebih berisiko tinggi
- jika anda berpendapatan lebih tinggi maka anda mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan. tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan
- contohnya jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, maka anda mungkin tidak perlu pelan persaraan lain
- jenis aset yang anda milik memberi kesan terhadap tahap risiko yang anda hadapi. simpanan dan deposit tetap mempunyai risiko yang paling minimum dan bon serta ekuiti yang mempunyai risiko lebih tinggi
- bilakah anda mahu memjual aset anda? anda perlu memastikan tempoh matang aset yang anda pilih
- keperluan anda terhadapwang anda pada masa hadapan. sekiranya anda perlu menggunakan wang dalam masa 2-3 bulan terdekat, anda mungkin perlu menyimpan wang anda di dalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bon dan unit amanah
- nilai toleransi anda terhadap risiko. sejauhmanakan anda boleh menghadapi ketidaktentuan pasaran/ekonomi.