Sunday, June 27, 2010

Menguruskan wang anda

di dalam kehidupan seharian, setiap manusia mempunyai masalah. itu memamng tidak boleh dinafikan lagi. apabila kita semakin meningkat dewasa semakin masalah yang mereka alami. salah satu daripada masalah tersebut masalah kewangan. hampir setiap orang di dunia menghadapi masalah ini. mengapa? orang yang berpendapatan besar sendiri pon kadang2 masih mengalami masalah kewangan. masalah ini berkait rapat dengan perbelanjaan dan pengurusan kewangan. wang yang banyak tidak menjamin setiap manusia terlepas daripada masalah kewangan. sudah menjadi lumrah manusia, apabila semakin besar pendapatan semakin besar lah pula keinginan dan kemahuan. sebaik2nya rancanglah perbelanjaan kita dengan bijak. setiap individu itu perlu bertanggungjawab ke atas pendapatan yang diperolehinya. sekiranya dia bijak mengatur kewangan, insyallah dia berjaya mengatasi masalah kewangan.



masalah kewangan juga boleh dikategorikan dengan masalah berbelanja. contoh mereka yg berpendapatan rm3000 sebulan tetapi berbelanja rm5000 sebulan. mereka ini adalah dikalangan orang yang terkeliru antara barangan keperluan dan barangan kehendak. ada pula yang beranggapan membeli sesuatu barang seperti pakaian, telefon bimbit,kereta dll itu adalah aset. sekirangan aset mengapa dalam 10 tahun akan datang nilainya semakin berkurangan? langkah yang paling baik adalah berjimat cermat. berjimat cermat bukan bermaksud kedekut. setiap wang ringgit yang dibelanjakan haruslah dilalukan dengan bijak. pengguna yang bijak banyak faedahnya. seboleh2nya kita berdiet belanja. kalau kita boleh diet makan kenapa kita tak boleh diet belanja? hehe. penggunaan kredit turut menyumbang kepada masalah masalah ini. bagi pengguna kredit kad mereka perlu membayar tepat pada masanya. jika tidak maka cas penalti akan dikenakan. pengguna kredit kad juga oerlu membayar 1.5-2% bunga atas perkhidmatan yang telah digunakan. jika dihitung 18% setahun.


untuk menguruskan wang kita seharus harusnya memiliki wang. sekiranya tiada wang bagaimana hendak menguruskan nya :D oleh itu kita perlu berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah diberikan ganjaran iaitu upah (gaji). tidak kiralah sebanyak mana gaji seseorang itu, yang penting mereka mendapat upah.


menguruskan kewangan

perkara yang paling penting di dalam menguruskan kewangan adalah "cashflow" atau pon aliran wang tunai. aliran wang tunai ini terbahagi kepada 2 iaitu aliran wang tunai masuk dan aliran wang tunai keluar. aliran wang tunai masuk adalah gaji atau atau apa2 pendapatan yang kita perolehi. aliran wang tunai keluar pula adalah perbelanjaan yang kita lakukan. memang tidak dapat dinafikan bahawa aliran wang tunai masuk adalah penting. tetapi sekiranya kita tidak mengawal aliran wang tunai keluar, kita tidak akan mendapat apa2. seseorang itu perlu memastikan aliran tunai masuk jauh lebih banyak daripa aliran tunai keluar. meningkatkan aliran wang tunai masuk adalah wajib.


di dalam menguruskan kewangan, banyak orang selalu berkata "mengapa aku perlu menguruskan wang? sedang kan gaji aku kecik aje. bila aku dah kaya nanti aku urus la wang aku" persoalan yang timbul. sekiranya wang yang sedikit kita tak dapat urus kan macamana kita nak uruskan wang yang lebih banyak? kebanyakan orang2 kaya di dunia ini menjadi kaya kerana mereka tahu dan bijak menguruskan wang mereka. kekayaan bukan lah ditentukan dengan seberapa banyak wang mereka perolehi tetapi berapa banyak wang yang mereka boleh simpan dan cara mereka menguruskan wang mereka. memang tidak dinafikan wang masuk adalah penting tetapi sekiranya kita tidak mengawalnya maka wang tersebut akan hilang begitu sahaja. bahkan ilmu yang berada di dunia ini, sekiranya tidak dibukukan dan dikawal, lama kelamaan ia hilang begitu sahaja. untuk menyimpan duit, kita perlu menetapkan matlamat. sebagai contoh, tahun 2010 kita berazam hendak menyimpan duit sebanyak rm5000. tetapi ramai yang tidak berjaya. kenapa? kerana mereka tidak menetapkan timeframe atau jangka masa. saya juga perhatikan setiap tahun ramai yang menetapkan azam dan ada pula bercita2. ada yang berjaya mencapainya bahkan pula ramai yang gagal. kenapa ini selalu terjadi? masalah ini terjadi kerana kita terlupa menetapkan timeframe. timeframe ini adalah kayu pengukur kepada matlamat atau cita2. contoh yang boleh diambil, jika hendak menyimpan wang sebanyak rm3000. maka kita tetapkan timeframe. katakan lah timeframe = 5 bulan. setiap bulan kita tetapkan tarikh 30hb checklist atau semakan. kita akan dapat lihat progress atau pergerakan matlamat kita tersebut.


menguruskan kewangan itu adalah penting. pengurusan kewangan yang betol boleh mengelakkan kita daripada masalah kewangan. ramai yang berkata "saya tak ada ilmu, camne saya nak uruskan duit saya?" dalam dunia yang serba canggih ini tidak susah untuk mendapatkan ilmu. bukak sahaja internet, bermacam2 ilmu yang boleh kita cari. di kedai2 buku juga terdapat pelbagai buku2 berkaitan pengurusan kewangan peribadi. lakukan lah sekarang. jangan asik mencari alasan.


di dalam menguruskan kewangan sikap individu itu sendiri juga penting. bukan sekadar kemahiran sahaja. sikap yang paling penting sekali adalah disiplin kedua amanah. sekiranya kita tidak kedua sikap ini mungkin agak susah sedikit. sikap ini akan mempengaruhi kita diri kita. dalam apa2 jua pekerjaan yang kita lakukan disiplin memainkan peranan penting. tanpa disiplin kita mungkin tidak akan berjaya. orang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi selalunya lebih berjaya. mengapa saya kata kan displin itu penting kerana tanpa disiplin kita tidak mungkin akan melakukannya. kita lebih suka berbelanja daripada menyimpan duit kan? amanah juga memainkan peranan penting. amanah yang saya maksudkan di sini adalah amanah kepada diri sendiri. contohnya apabila kita menyimpan duit atau menabung, tiba2 kita terlihat ada jualan murah dan kita guna kan duit tersebut. di sini kita telah pecah amanah kepada diri kita sendiri. kita akan berkata "takpe la. ini kan duit aku. kalu aku amek duit aku pon bukan ada orang yang tau" memang kenyataan itu betol tetapi hakikatnya kita sendiri yang rugi akhirinya. boleh diibaratkan kita pecah amanah kepada diri kita sendiri.


kemahiran menguruskan duit ini boleh diibaratkan seperti kita menguruskan sebuah syarikat atau kompeni. atau lebih tepat lagi menjadi pengurus kepada kompeni tersebut. tentu ada dikalangan kita yang bekerja makan gaji. jadi mereka tahu bagaimana sesebuah syarikat beroperasi di dalam mencapai keuntungan/pendapatan yang paling maksimum dan kos paling minimum. begitu juga di dalam menguruskan kewangan peribadi. mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan.


di dalam sesebuah syarikat setiap pembelian, perbelanjaan akan direkodkan. ini bagi memastikan setiap wang yang dibelanjakan dapat kesan. oleh itu syarikat akan dapat mengenalpasti tahap kewangan dan keuntungan syarikat. kita juga perlu merekodkan setiap perbelanjaan seharian kita. maka kita akan dapat mengenalpasti dan mengimbangi aliran tunai masuk dan aliran tunai keluar. setiap kita hendaklah menyemak kembali perbelanjaan yang telah dilakukan. dari sini kita dapat mengetahui kemana perginya duit kita.


contoh rekod perbelanjaan seharian :-


1.tarikh
2.perbelanjaan
3.debit(tunai)
4. kredit

*kredit = pembayaran melalui kad kredit

pengurusan kewangan