Sunday, June 27, 2010

Menguruskan hutang

Apabila kita sebut tentu ramai orang telah mengetahuinya. bagi manusia yang telah memasukki alam pekerjaan mereka, di sini lah bermulanya membuat loan (pinjaman). pinjaman tersebut juga dikenali sebagai hutang. pada hari ini pelajar-pelajar yang menjejaki kaki ke IPT telah mula membuat pinjaman pelajaran. hutang adalah sesuatu yang dihalalkan dalam islam (walaupon tidak digalakkan). dan membayar hutang itu adalah wajib. sekirannya peminjam itu telah meninggal dunia, waris beliau perlu menjelaskan hutang yang ditinggalkan oleh arwah. ada yang membuat hutang atau pinjaman melalui institusi kewangan, kawan2, saudara mara, ibubapa bahkan along :D sebab sebab mereka berhutang adalah kerana :-


1. memenuhi keperluan harian - seperti membeli rumah, kenderaan dll
2. memenuhi kehendak dan gaya hidup - mereka membeli barangan seperti perabot, set home theater, asesori dll
3. memulakan perniagaan atau membuat pelaburan - bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, mereka memerlukan modal. ada juga yang membuat pinjaman untuk tujuan pelaburan ASB, unit amanah dll

pada hari ini, kebanyakkan orang mula meningkatkan hutang mereka apabila berlaku peningkatan pendapatan mereka. secara logiknya, semakin tinggi gaji semakin banyak pulang barang yang ingin dibeli atau dimiliki. ada pula yang sanggup berhutang untuk tujuan tersebut. bak kata pepatah "biar papa asalkan bergaya"


menguruskan hutang

menguruskan hutang juga berkait rapat dengan pengurusan kewangan. di dalam menguruskan pendapatan kita perlu mengagihkan gaji,upah,pendapatan yang kita pelolehi. kita perlu menetapkan 30% sahaja daripada gaji kita untuk hutang atau pinjaman. sekiranya terlebih anggaplah kita tidak mampu untuk memenuhi keperluan/kehendak tersebut. apa yang kita perlu lakukan adalah meningkat pendapatan terlebih dahulu. ramai yang suka membuat hutang dahulu sebelum meningkatkan pendapatan. di sini saya sertakan info atau cara cara pengiraan hutang daripada jumlah pendapatan seperti rajah di bawah:-








*sumber daripada infobanking.com.my


di dalam rajah di atas, menunjukkan 20% daripada jumlah pendapatan perlu dibelanjakan untuk membayar hutang. tetapi saya menetapkan 30% daripada jumlah pendapatan. mengapa? ini kerana ramai di antara kita pendapatan skala kecil atau sederhana. gambarajah di atas menunjukan skala gaji besar. oleh demikian mereka boleh menetapkan hanya 20% daripada pendapatan mereka. sebelum membuat hutang kira terlebih dahulu pendapatan anda. sekiranya telah melebihi daripada 30% anggaplah anda masih tidak mampu untuk memiliki barangan tersebut.


sebelum membuat hutang perkara yang perlu kita ambil tahu adalah jumlah keseluruhan pembayaran balik hutang tersebut. jumlah ini adalah termasuk interest atau faedah yang dikenakan oleh pihak bank. bagi yang membuat pinjaman dengan bank mereka akan dikenakan interest. hutang membuatkan orang ramai berkerja lebih keras. setiap kali dapat gaji, mereka bayar hutang. sebagai contoh kita membuat pinjaman untuk membeli kenderaan. perkara yang perlu tekankan adalah interest dan tempoh pembayaran balik.


harga kereta = rm50000

tempoh = 9 tahun

faedah = 4.5%


faedah yang perlu dibayar

50000 x 4.5% x 9 = rm20250


harga+faedah =rm70250


harga kereta = rm50000

tempoh = 7 tahun

faedah = 4.5%


faedah yang perlu dibayar

50000 x 4.5% x 7 = rm15750


harga+faedah =rm65750


harga kereta = rm50000

tempoh = 5 tahun

faedah = 4.5%


faedah yang perlu dibayar

50000 x 4.5% x 5 = rm11250


harga+faedah =rm61250


harga kereta = rm50000

tempoh = 3 tahun

faedah = 4.5%


faedah yang perlu dibayar

50000 x 4.5% x 3 = rm6750


harga+faedah =rm56750


contoh diatas menunjukkan semakin pendek tempoh pembayaran balik semakin kurang faedah yang perlu dibayar. semakin panjang tempoh pembayaran balik semakin kaya pihak bank :D perkara lain yang perlu diambilkira adalah kos minyak, penyelengaraan,cukai jalan, insuren. jadi ukur lah baju di badan sendiri ;)


mempercepatkan pembayaran hutang

pembayaran balik hutang adalah perlu dipercepatkan. lagi cepat lagi bagus. setiap bulan sebahagian daripada gaji kita adalah untuk membayar hutang. ini kerana tempoh bagi seseorang individu itu berkerja adalah di antara 30 - 35 tahun. sila selesaikan hutang sebelum kita bersara atau pencen. apabila kita bersara kita tidak lagi mempunyai pendapatan. maka bereskan hutang sebelum bersara.


jangan sekali kali kita membuat hutang untuk perkara yang remeh temeh seperti membeli perabut. membeli perabut dengan bayaran ansuran juga akan dikenakan faedah. feadah yang dibayar amat merugikan sebaliknya kumpul sedikit demi sedikit untuk membeli barangan tersebut. contoh, harga perabut adalah rm1000.


rm1000 ÷ 12 bulan = rm84


jadi setiap bulan kita perlu menyimpan atau menabung sebanyak rm84. wang tersebut boleh lah disimpan di dalam akaun ASB. kita juga akan dapat dividen daripada simpanan tersebut. rancanglah perbelanjaan sebelum membuat hutang. dan yang penting juga pembayaran hutang mestilah tepat pada masanya. sekiranya lambat bayar pihak bank akan mengenalkan penalti atau denda. sekiranya anda mempunyai kelapangan buat lah kerja sambilan. hasil daripada kerja sambilan tersebut boleh digunakan untuk membayar hutang2.


laman web kalkulator pinjaman

1. pinjaman perumahan

https://www.maybank2u.com.my/calculator/form_loan-calc-homeLoan.html


2. pinjaman kenderaan

http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_payment.asp


3. pinjaman peribadi

http://www.bsn.com.my/kalkulator.asp

pengurusan kewangan