setiap tahun inflasi meningkat purata 3-5 peratus. kenaikan gaji pokok pengguna (purata) lingkungan 5-6 % setahun. kenaikan gaji pokok (increment)tidak dapat dirasai kerana kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. oleh yang demikian, kita perlu meningkatkan pendapatan, membuat pelaburan, simpanan, berjimat cermat dan memulakan proses menabung. bagi golongan muda mereka patut melalukan hari ini. masih belum terlewat. tetapi apa yang saya ingin tegaskan adalah golongan tua atau pesara. golongan ini terjejas teruk dari segi simpanan untuk pesaraan (retirement financial plan).
golongan pesara akan bergantung sepenuhnya kepada KWSP. KWSP adalah caruman atau potongan gaji yang dilakukan semasa mereka berkerja. Namun cukupkah simpanan kita untuk menghadapi hari tua? Setiap tahun KWSP mengistiharkan dividen purata 5% setahun. maka jumlah KWSP kita juga akan turut meningkat. tetapi dengan kadar inflasi setahun dalam lingkungan 4%, maka dividen yang diperolehi oleh pesara seakan akan sama. dibandingkan dengan pengurusan dana yang dilakukan oleh pihak bank mahupun pengurusan dana dalam negara lain, dividen yang diberikan oleh KWSP adalah jauh lebih rendah.
menurut beberapa sumber, kebanyakkan simpanan KWSP pesara akan abis dibelanjakan setelah 3 - 5 tahun selepas persaraan. oleh yang demikian, kita patut merancang lebih awal untuk menghadapai hari tua. jika ingin merancang selepas bersara mungkin sudah terlambat.
langkah langkah yang perlu diambil:-
1. membeli insuren
insuren adalah penting kerana ianya bukan sahaja pelaburan tetapi melindungi pelabur itu sendiri. sekiranya kira mencarum sebanyak rm100 sebulan dalam mase 20 tahun kita akan mempunyai simpanan sebanyak rm24000. itu belum ditermasuk dividen yang diberikan oleh pihak kompeni itu sendiri. biasanya sebanyak 18 - 24%.
2. melunaskan hutang
kita wajib melunaskan semua hutang hutang sebelum bersara. sekiranya kita masih ada hutang kita akan mempunyai masalah besar. selepas bersara, kita tiada lagi pendapatan tetap. ini akan menyulitkan untuk membayar hutang.
3. pelaburan
lakukan pelaburan pada hari ini. pelaburan akan dapat mengandakan wang kita. tetapi banyak orang suka tidak suka melabur kerana tiada kesabaran. apa jua perkerjaan yang dilakukan dengan kesabaran akan menjadi lebih baik
4. berjimat cermat
kebanyakkan orang selalu beranggapan berjimat cermat adalah kedekut. tetapi berjimat cermat adalah amalan mulia kerana ia boleh mengelakkan pembaziran. jadi selalu lah berjimat cermat
5. mengubah tabiat
kekayaan boleh dikaitkan dengan tabiat seseorang. kebiasaan tabiat suka berbelanja tanpa kawalan akan menyebabkan mereka miskin sebelum tua. ubah tabiat anda sebelum menjelang hari tua. tiada seorang pon yang mati sekiranya mereka diet belanja. malah semakin kaya. ubah gaya hidup mewah kepada gaya hidup sederhana
6. menabung
amalan menabung adalah salah satu cara mengekang pengaliran keluar duit kita. bak kata pepatah "sikit sikit lama lama jadi bukit"
7. meningkatkan pendapatan
lakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. pada hari ini kita tidak boleh bergantung kepada pendapatan utama sahaja. sekiranya ada peluang lakukan hari ini. orang kaya tidak bergantung kepada satu pendapatan tetapi kepada beberapa sumber pendapatan
8. membeli aset
banyak orang ingin membeli aset. tetapi sesetengah orang terkeliru antara aset dan liabiliti. contoh membeli pakaian branded, kereta mewah dan lain lain. aset adalah benda yang tiada susut nilai seperti rumah, kedai tanah.