Tuesday, July 6, 2010

Jenis pendapatan

Jenis jenis pendapatan

setiap orang di dunia ini berkerja untuk mendapatkan wang. sekiranya mereka tiada pekerjaan adalah sukar bagi mereka untuk hidup. lihat di sekeliling kita segala2nya memerlukan wang. sekiranya kita mempunyai pilihan. kita perlu pilih pekerjaan yang menjanjikan pendapatan atau gaji yang lebih tinggi/banyak. sekiranya kerja kita sekarang gaji hanya cukup2 makan, sila lakukan pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan. jangan hanya merungut. merungut hanya merugikan diri sendiri. ada baik kalu kita tukar perbuatan merungut itu kepada tindakan. tindakan yang saya maksudkan di sini adalah melakukan pekerjaan sampingan/sambilan. hasil pendapatan sampingan ini jangan kita buat joli, sebaliknya kita bayar hutang. dengan itu sumber pendapatan utama(pekerjaan tetap) boleh guna akan meningkat. ada sesetengah orang apabila mereka mendapat kenaikan gaji/pangkat/jawatan mereka sering menambah hutang mereka. sebagai contoh menukar kereta baru, mengubahsuai rumah, beli perabot baru dll. sekiranya ini terjadi. maka kenaikan gaji yang diterima tidak memberikan apa2 kesan. malah menambah liabiliti (liabiliti =hutang atau bebanan yang kita tanggung).


jenis pendapatan

1. pendapatan aktif
2. pendapatan portfolio
3. pendapat pasif


pendapatan aktif

* makan gaji
* bekerja sendiri atau bisnes kecilan
* buat kerja sambilan

pendapatan portfolio

* hasil simpanan tetap (fit deposit)
* dividen ASB
* pelaburan dalam unit amanah
* pelaburan dalam saham

pendapatan pasif

* hasil kutipan duit sewa rumah, bangunan, tanah dll
* mendapat komisen hasil jualan insuren, takaful, perniagaan MLM dll
* royalti yang dibayar atas penjualan album, muzik, buku, seni reka, copyright dll

pengurusan kewangan