- semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dahulu kepada diri anda, apakah tujuan pinjaman tersebut dan tentukan samada anda mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan
- jangan sesekali membuat pinjaman daripada peminjam wang tidak berlesen
- waspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang dipohon
- biasakan diri bertanya tentang kadar faedah yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka
- jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji bersih anda
- jangan terpedaya dengan pengunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang 'percuma'
- membayar hanya bayaran minimun bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun
- berusaha untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit yang positif
tanda - tanda yang menunjukkan anda menghadapi masalah kewangan :-
- anda tidak dapat mengawal perbelanjaan iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan atau perbelanjaan sama dengan pendapatan
- hutang melebihi jumlah yang anda boleh uruskan
- anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi penyata kad kredit
- anda tidak mempunyai tanbungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga
- anda kerap meneriman panggilan daripada pemungut hutang
- anda menerima surat saman tuntutan hutang
- tidak dapat menyimpan atau menabung kerana pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang dan perbelanjaan harian/bulanan
- diawal bulan masih lagi menghadapi kekurangan wang
sekiranya anda menghadapi situasi di atas, anda dinasihatkan segera mendapatkan nasihat atau kaunseling daripada pakar/kaunselor kewangan. jangan pula anda membuat hutang baru untuk menutup hutang yang lama. masalah tidak akan selesai