Tuesday, June 18, 2013

Kebaikan mengurus hutang dengan bijak

1. pengurusan aliran tunai yang lebih baik

jika anda berjaya mengawal hutang pada tahap yang terkawal, anda akam mempunyai lebihan wang untuk tabungan. sesterusnya memperbaiki kedudukan aliran tunai yang positif. aliran tunai yang positif adalah perlu kerana anda mempunyai dana berlebihan untuk tabungan kecemasan, mengurangkan hutang dan juga lebihan wang untuk membuat pelaburan.


2. pengurusan kekayaan yang baik


sebahagian besar proses membina kekayaan memerlukan anda membuat keputusan yang bijak mengenai hutang. melelui pengurusan hutang yang cekap, anda dapat mengurangkan liabiliti sambil meningkatkan kedudukan nilai harta bersih. semua ini secara efektif akan membawa kepada pengurusan kekayaan yang lebih baik.


3. mengelak bayaran lewat dan caj penalti


jadilah seorang pembayar hutang yang berhemat. lebih cekap anda mengurus hutang semakin banyak penjimatan dan caj lain yang anda perolehi. buatlah pembayaran mengikut jadual tanpa penanguhan.


4. mengurangkan kos pinjaman


anda boleh melangsaikan hutang secara bijak dan sentiasa memantaunya. lebih cepat anda melangsaikan hutang, maka lebih banyak penjimatan kos faedah anda perolehi.


5. meningkatkan kedudukan kredit


pengurusan hutang yang bijak akan membantu anda membina rekod kredit yang baik bagi memudahkan anda mengambil pinjaman pada masa hadapan. ini adalah kerana rekod pembayaran anda akan dijejaki oleh Biro Kredit, Bank Negara. setiap kali anda meminjam daripada institusi kewangan berlesen, semua hutang dan rekod pembayaran anda akan dicatat. oleh itu, sekiranya anda pernah terlewat atau gagal mejelaskan hutang, ini mungkin menjejaskan keupayaan untuk mendapat pinjaman di masa hadapan. pertimbangan permohonan pinjaman juga bergantung kepada beberapa faktor, antaranya profil pemohon, status kewangan (komitmen dan hutang2 lain) dan juga kemampuan pemohon untuk membayar balik pinjaman.

pengurusan kewangan