KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema
'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji'
yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen
hari ini.
* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh
antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala
kadar inflasi kekal rendah antara 2
peratus dan 3 peratus.
* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus
berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan,
sektor permintaan dijangka berkembang
9.6 peratus.
* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126
berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
* Tidak mustahil
Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion
bagi melaksanakan program dan projek
* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk
Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan
dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya
daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5
peratus pada 2014.
* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion
atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri
tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya
Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh
ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk
Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran
gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan
RAPID, Pengerang.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan
di lima wilayah koridor ekonomi.
* Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit
akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju
dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun
depan.
* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional
akan digubalkan.
* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana
Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
* Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di
Subang, pusat pengurusan trafik udara
baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan,
Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa
Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama
sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.
* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.
* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar,
1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan
pelaburan RM1.5 bilion.
* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak,
kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850
juta.
* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta
Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi
kontrak kewangan.
* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan
Tadbir Urus (ESG).
* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja
Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur
dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar,
Sosial dan Tadbir Urus.
* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan
untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan
Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi
bimbingan lanjut di MaGIC.
* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap
tahun.
* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak
Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.
* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan
Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga
RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk
meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.
* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane
Policy sehingga 31 Disember, 2017.
* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi
tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai
tambahan.
* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan
sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses
penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100
juta.
* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan
berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan
menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam
pemberian bantuan kepada golongan sasar.
* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan
digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST).
* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa
mulai 1 April, 2015.
* GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan
200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT,
teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan
dikecualikan daripada GST.
* Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak
satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.
* Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak
1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran
2016.
* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1
hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.
* Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan
sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.
* Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun
Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak
satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.
* Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada
melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
* Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan
dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
* Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa mulai tahun 2015.
* Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan
diberi potongan cukai tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
* Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan
yang menghantar kakitangan menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
* RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli
perisian perakaunan pada 2014 dan 2015.
* Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan
dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST.
* RM2.9 bilion diperuntukkan bagi projek landasan berkembar
Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya dilanjutkan ke Johor Baharu serta menaik
taraf landasan kereta api seluruh negara.
* RM62 juta bagi kemudahan 'park and ride’ di stesen LRT,
KTM Komuter dan ERL.
* RM15.3 juta bagi Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat bagi
memastikan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap.
* RM28 juta bagi membina hentian akhir bandar dan menaik
taraf perhentian bas serta kemudahan ‘drop-and-ride’.
* RM28 juta bagi membaik pulih tren Electric Multiple Unit
bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan.
* RM20 juta bagi program Cabaran Perniagaan Luar Bandar.
* Pegangan ekuiti dan pemilikan hartanah Bumiputera akan
ditingkatkan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera, Skim Amanah Saham Bumiputera 2
dan pengukuhan institusi hartanah Bumiputera.
* SME Bank akan menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera atau
EquiBumi dengan peruntukan RM300 juta untuk menyediakan kemudahan pinjaman
kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa bagi mengambil alih syarikat
tersenarai atau syarikat yang
berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
*Kemudahan pinjaman RM200 disediakan oleh SME Bank bagi
program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik.
* Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) akan
diwujudkan dengan dana permulaan RM30 juta.
* Perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat utama,
terutamanya GLC, akan diberi potongan cukai dua kali bagi meningkatkan
pengukuhan program pembangunan vendor.
* Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah bagi PKS daripada
Amanah Ikhtiar Malaysia (dana RM300 juta) dan TEKUN (dana RM700 juta).
* RM50 juta disediakan menerusi Skim Pembiayaan Muda India
(SPUMI) di bawah TEKUN.
* Pinjaman juga disediakan bagi usahawan India Malaysia
menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.
* Cukai Keuntungan Hartanah dinaikkan kepada 30 peratus bagi
hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.
* Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing
dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
* 223,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan
dan sektor swasta pada 2014.
* Kerajaan peruntuk RM578 juta bagi Jabatan Perumahan Negara
(JPN) untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.
* RM146 juta bagi JPN untuk membina 600 unit Program
Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu.
* RM1 bilion bagi PR1MA untuk menyediakan 80,000 unit rumah
pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
* SPNB akan membina 15,122 unit rumah mampu milik, 3,000
unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 unit Rumah Mesra Rakyat.
* Kategori baharu Rumah Mesra Rakyat diperkenalkan dengan
harga jualan daripada RM45,000 hingga RM65,000 dan subsidi sebanyak RM15,000
hingga RM20,000 seunit.
* Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) diperkenalkan
dengan subsidi RM30,000 kepada pemaju swasta untuk setiap rumah yang dibina.
* RM1 bilion untuk Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit
Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
* Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk mengukuhkan
pasaran hartanah dan meningkatkan peluang bagi rakyat memiliki rumah.
* Peruntukan RM331 juta untuk meneruskan program
penyeragaman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan di Sabah dan
Sarawak.
*RM30 juta untuk membuka 60 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
bagi membantu mengurangkan harga keperluan harian.
*Pelepasan cukai khas RM2,000 untuk pembayar cukai dengan
pendapatan bulanan sehingga RM8,000 ke atas pendapatan 2013.
sumber daripada sinar harian