Wednesday, November 6, 2013

Merekod perbelanjaan melalui apps Hello expense

Merekod perbelanjaan seharian adalah salah satu asas pengurusan kewangan peribadi. tanpa rekod perbelanjaan kita sukar mengawal, memantau dan mengigati perbelanjaan seharian atau bulanan. maka untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan merekod setiap perbelanjaan yang telah dilakukan.

Di zaman sekarang, penggunaan telefon pintar (smart phone) amat meluas. jadi kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi (apps) telefon pintar yang boleh merekod perbelanjaan anda dengan mudah dan cepat. aplikasi yang saya ingin kongsikan ini adalah "hello expense".

Hello expenses adalah aplikasi android yang percuma. anda boleh dapat kan di google play. aplikasi ini amat berguna kerana ia dapat merekod perbelanjaan harian, mingguan bulanan ataupun bulanan. di samping itu juga kita dapat mengasingkan perbelanjaan mengikut kategori tags yang kita ingin kan. contoh : petrol, astro, surat kabar, barang dapur, makan tengah hari dan lain-lain lagi. kita boleh tentukan sendiri kategori tersebut mengikut kemahuan yang dikehendaki.

Hello expense dapat menyemak rekod perbelanjaan di dalam paparan statistik berbentuk carta pai atau graf. Ini sangat memudahkan pengguna mengingati perbelanjaan yang dilakukan. Anda tidak perlu lagi menyimpan resit pembelian, cuma masukkan angka dan resit boleh terus dilupuskan. teramat mudah!

Merekod perbelanjaan itu amat penting kerana untuk mengelakkan wang hilang tanpa dikesan. kita sering kali mendengar keluahan "duit habis tapi satu barang pon nampak apa yang dibeli" maka ini adalah penyelesaiannya. apps ini juga dapat mengawal perbelanjaan anda iaitu dengan berjimat cermat.
Akhir kata, hargai wang anda sebelum ia hilang begitu sahaja tanpa di kesan.

  





Selamat mencuba kawan-kawan =)

pengurusan kewangan