Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis
pelaburan ialah nilai masa wang. Ia membentuk asas kepada celik kewangan, di
samping menjadi asas untuk memahami penilaian dan pelaburan kewangan. Formula ini di kenali sebagai peraturan 72. Peraturan 72 ini telah Albert Einstein. Formula ini menjelaskan, apabila anda mengambil nombor 72
dan membahagikannya dengan peratus pulangan setahun, maka ia akan memberikan
jumlah tahunan yang anda perlukan bagi menggandakan pelaburan anda.
Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya pada
masa ini, amat mempercayai nilai masa wang. Beliau lebih gemar memilih untuk
melaburkan semula wang yang dijana daripada
perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar dividen
kepada pemegang saham syarikatnya.
Dengan cara ini, wang itu terus berkembang. Begitu juga,
nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama sepertimana bakteria
membiak, dan kesannya pulangan akan meningkat dengan lebih tinggi. Inilah yang
dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang.
Masa ialah aset yang terbesar bagi seseorang yang hendak
melabur. Lebih awal anda melabur, maka lebih besar pulangan atas nilai wang.
Ini disebabkan oleh prinsip faedah kompaun yang anda perolehi daripada faedah atas pelaburan asal anda.
Walaupun terdapat perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam
jangka panjang boleh menjadi ketara.
Contohnya anda melabur RM1,000 sekali gus dan mendapat
pulangan 10% setiap tahun.
Tahun pertama nilai pelaburan anda adalah RM1,100, tahun
ke-2 RM1,210, tahun ke-3 RM1,331, tahun ke-4 RM1,464, tahun ke-5 RM1,611, tahun
ke-6 RM1,772 dan tahun ke-7 pula sebanyak RM1,949. Sebagai pelabur, anda boleh
terus melabur untuk mendapatkan pulangan tinggi bagi pelaburan anda. Umpamanya
pada tahun ke-7, pulangan pelaburan anda hampir berganda.
Masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda boleh
dikira dengan peraturan 72. Bahagikan 72 dengan peratusan faedah yang anda
peroleh daripada simpanan. Sekiranya pulangan yang diperoleh tidak memuaskan,
anda boleh menimbang pilihan lain yang memberi kadar pulangan yang lebih
tinggi. Berapa lamakah masa diambil untuk menggandakan simpanan anda?
72 / 2% = 36 tahun, 72 / 5% = 14.4 tahun, 72 / 8% = 9 tahun,
72 / 10% = 7.2 tahun dan 72 /12% = 6 tahun (Dengan kadar pulangan 12%, wang
akan berganda dalam tempoh kira-kira 6
tahun.
Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai
wang anda. Lebih tinggi pulangan pelaburan, lebih cepat pula anda dapat
menggandakan wang anda. Tapi awas – semakin tinggi pulangan sesuatu pelaburan,
semakin tinggi juga risiko anda kehilangan wang pelaburan anda.
Oleh itu, pilih pelaburan yang membawa pulangan yang elok
dan sentiasa ukur risiko pelaburan anda agar tidak tertipu semasa cuba
menggandakan wang anda.