Tidak
terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan. Kebanyakan
syarikat kini menjadikan kanak-kanak seawall usia 18 bulan sebagai sasaran
untuk memasarkan produk mereka. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan
sebelum syarikat tersebut mengajar mereka untuk berbelanja. Kanak-kanak boleh
diajar untuk menyimpan duit dalam tabung walaupun sebelum mereka tahu cara untuk
mengira duit.
Mengajar
anak anda tentang pengurusan kewangan dari usia muda dapat membimbing mereka
menuju ke arah masa depan yang celik kewangan. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya"
Kenali
tentang wang
Kebanyakan
kanak-kanak tidak tahu dari mana datangnya wang. Mereka menganggap wang datang
dari bank atau poket ibu bapa mereka. Oleh itu amat penting untuk memberi
kefahaman kepada mereka bahawa wang bukan jatuh dari langit. Seseorang itu
perlu bekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa
sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan wang, dan mereka tidak sepatutnya
membazir wang.
Pada
peringkat awal, anda perlu mengajar anak anda tentang duit kertas dan syiling.
Biarkan mereka untuk cuba umembuat bayaran sendiri semasa membeli barang.
Nilai
untuk wang
Semasa
membeli belah, anda boleh menunjukkan kepada anak anda produk sama dengan
jenama dan harga yang berlainan. Kira produk yang mana adalah senilai dengan
harganya. Terangkan kepada mereka cara untuk membandingkan harga barangan yang
berlainan jenama dan di kedai yang berlainan sebelum membeli sesuatu barang.
Bawa mereka ke pusat membeli belah untuk membiasakan mereka dengan harga
pasaran sesuatu barang.
Menetapkan
matlamat kewangan
Ketahui
benda yang anak anda hendak membeli. Bantu mereka untuk menetapkan satu matlamat
kewangan benda yang mereka hendak beli sekarang (jangka masa pendek) dan juga
benda yang mereka hendak beli kemudian (jangka masa panjang). Selepas
menetapkan matlamat, bantu mereka untuk memikirkan cara mereka boleh mencapai
matlamat mereka seperti menabung.
Proses
ini bukan sahaja dapat membantu anak anda untuk menguruskan wang mereka dengan
baik, tetapi juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Ini berlaku semasa mereka
mencapai matlamat mereka dengan wang yang mereka simpan.
Perbelanjaan
Ajar
anak anda tentang kuasa pembelian mereka, iaitu berapa yang mereka miliki dan
berapa yang mereka mampu untuk berbelanja. Biar mereka faham bahawa wang akan
habis jika digunakan. Ajar mereka tentang konsep keperluan dan kemahuan, iaitu
mereka perlu memahami dan tahu membezakan benda yang mereka betul-betul
memerlukan dan benda yang mereka mahu untuk kepuasan diri.
Ajar
anak anda untuk berbelanja secara bijak dan tidak dipengaruhi oleh media.
Berbincang dengan mereka dengan iklan yang mereka tengok. Bincang dengan mereka
dakwaan dan gimik iklan tersebut serta benda yang sebenarnya dijualkan oleh
syarikat tersebut. Contohnya, serbuk pencuci yang mengatakan baju akan menjadi
putih selepas menggunakannya, sebenarnya tidak seputih dalam iklan.
Simpanan
Berbincang
dengan anak cara mereka dapat menyimpan wang dengan:
-
Menyimpan sebahagian wang daripada wang
saku harian mereka
-
Mengaitkan simpanan dengan benda yang mereka hendak membeli. Ini akan mendorong
mereka untuk menyimpan
Tunjukkan
kepada anak anda jika dia menyimpan RM1 sehari, maka pada akhir bulan dia akan
mempunyai RM30.
Berbincang
dengan mereka amaun yang mereka perlu simpan daripada duit saku mereka setiap
hari untuk mencapai matlamat mereka. Galakkan anak anda dengan menyimpan secara
berterusan dengan menambahkan tabung mereka jika mereka menabung untuk suatu
jangka masa. Pengalaman simpanan pertama yang baik akan menggalakkan anak anda
untuk menyimpan lagi.
Membantu
yang lain
Berbincang
dengan anak anda tentang membantu orang lain yang bernasib malang dari segi
wang, barangan atau sokongan. Ini boleh dibuat dengan membantu saudara-mara
atau kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Berkongsi dengan mereka
pengalaman seseorang yang pernah membantu anda atau yang anda pernah membantu
orang lain. Anda juga boleh membaca berita tentang sesuatu kerja amal yang
telah dijalankan oleh sesuatu organisasi atau seseorang.
Melibatkan
anak anda dalam kewangan keluarga
Kadang
kala ibu bapa menghadapi kesukaran untuk melarang anak mereka membeli sesuatu
barang. Anda hendaklah memberitahu anak anda tentang kedudukan kewangan
keluarga dengan menerangkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan bulanan rumah
(rumah, kereta, bil-bil, pendidikan). Dengan ini mereka dapat memahami situasi
kewangan rumah dan tidak membazirkan duit dengan sesuka hati. Libatkan mereka
dalam membuat keputusan membeli sesuatu barangan rumah seperti TV. Mereka akan
berasa mereka juga salah satu ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk menjaga
kewangan keluarga.