apakah itu inflasi?
inflasi bermaksud kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga urnum. ia adalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi pada sesuatu masa. apabila inflasi melanda harga barangan mula meningkat dan menyebabkan orang sukar untuk mendapatkan barang2. beberapa contoh barangan dan perkhimatan (services) di ambil sebagai contoh untuk mengukur kadar inflasi. lazimnya, barangan yang dipilih adalah barangan yang selalu di beli oleh pengguna. ada juga inflasi berlaku pada sesuatu masa (occasions) seperti perayaan. pada musim perayaan harga ayam biasanya akan naik. ini disebabkan pemintaan yang amat tinggi di musim perayaan khususnya raya puasa.
Kesan Kesan Inflasi
kesan inflasi yang melanda akan memberikan impak yang kepada pendapatan benar pengguna. apabila inflasi melanda kenaikan harga barang akan meningkat jauh lebih tinggi daripada kenaikan pendapatan yang diperolehi oleh pengguna. biasanya, kesan inflasi amat dirasai oleh orang berkerja pendapatan tetap ataupon lebih dikenali kerja makan gaji. kenaikan harga barang melepasi kenaikan pendapatan benar mereka. Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.
Faktor Faktor Inflasi
1. Inflasi tolakan kos
keadaan ini berlaku apabila kenaikan harga kos pengeluaran sesuatu barang. kos ini termasuklah kos harga barang mentah, kos upah buruh dan lain lain. apabila kos meningkat harga barang juga turut meningkat.
2. Inflasi kenaikan permintaan
keadaan ini biasanya berlaku apabila permintaan barangan melebihi penawaran barangan yang berada di pasaran.permintaan lebih tinggi daripada jumlah penawaran yang ketara maka akan wujud inflasi. fenomena ini berlaku apabila keadaan negara berada dalam tahap gunatenaga penuh (hampir semua orang berkerja) dan tidak dapat memenuhi semua permintaan yang sangat tinggi. jumlah permintaan yang tinggi juga berpunca daripada peningkatan pendapatan individu.
3. Inflasi import
kenaikan kadar import barangan atau perkhidmatan pada kadar penukaran wang asing yang merosot. Apabila kadar tukaran asing merosot maka negara memerlukan wang yang banyak untuk jumlah barangan yang tinggi. kenaikan harga barang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi.
4. spekulasi (jangkaan pengguna)
inflasi juga berlaku apabila pengguna membuat spekulasi barangan atau perkhidmatan akan naik pada masa hadapan. pengguna mula gelisah dan mula membeli barangan dengan kadar yang banyak untuk mengelakkan daripada membeli pada yang tinggi. apabila semua pengguna membeli barangan yang banyak pada suatu masa, maka barangan tersebut tidak mencukupi untuk menampung pemintaan yang begitu banyak. sedangkan penawaran adalah terhad. ini membolehkan pengilang atau pengeluar menaikan harga barang mereka.
5. spekulasi pemborong/peniaga
spekulasi ini juga boleh dibuat oleh orang tengah atau pon pemborong. mereka memberitahu pengguna harga barang akan naik pada masa depan. mereka mengurangkan penawaran sedangkan barang yang dikeluarkan oleh kilang adalah mencukupi. pengguna mula panik dan sanggup membeli barangan pada kadar harga yang tinggi
Langkah langkah untuk mengurangkan inflasi
1. membeli barangan tempatan
2. membuat perancangan sebelum membeli. elak pembaziran
3. membeli barangan yang diperlukan sahaja
4. berjimat cermat semasa membeli
5. menjadi penguna yang bijak. selidik dahulu kualiti barang dan harga sebelum membeli
6. memulakan amalan menabung
setiap individu itu perlu tahu kesedaran inflasi. apabila mereka paham tentang inflasi mereka akan mula betindak seperti membuat perbelanjaan yang bijak. kesan inflasi ini seterusnya akan menjejaskan pendapatan benar individu. mengurangkan nilai pendapatan kerana harga barang yang tinggi. sebagai contoh sebelom inflasi rm50 dapat membeli 4 barang bila inflasi meningkat hanya 2 barang sahaja yang dapat dibeli. yang lebih malang lagi, ada sesetengah syarikat terpaksa membuang/memberhentikan pekerja kerana tidak dapat membendungkan kenaikan harga barang atau harga kos yang sangat tinggi. jadi bertindak sebelum keadaan ini berlaku kepada anda. tanggungjawab setiap individu amat penting di dalam menangani inflasi. elakkan pembaziran, berbelanjalah dengan berhemah