Tuesday, July 6, 2010

Menabung

Menabung

banyak orang terlupa akan tabungan. mereka selalu cakap "susah lah nak menabung" apa yang susahnya. ambik duit masukkan dalam tabung. ada setengah orang pula cuma asyik memikirkan tanpa mengambil tindakan. dalam membuat tabungan kita perlu menetapkan matlamat tabungan kita. sebagai contoh untuk memperbaharui cukai jalan dan insuren kenderaan. katakan insuren+cukai jalan adalah sebanyak rm800. maka


rm800 ÷ 12 bulan = rm67


setiap bulan kita perlu menabung sebanyak rm67 untuk tujuan tersebut. tabungan juga boleh dilakukan dengan menyimpan rm1 sehari. ini yang saya lakukan setiap hari. selepas pulang dari kerja perkara pertama yang saya lakukan adalah menabung. tak perlu tangguh2. bukak wallet ambik duit rm1 masukkan ke dalam tabung. tabung saya hanyalah kotak kasut =) tak perlu tabung yang hebat2. lakukan setiap hari. jadikan amalan menabung ini sebagai hobi atau tabiat (habit). sekiranya kira menyimpan rm1 sehari dalam setahun kita akan mendapat sebanyak rm365. agak susah bagi kita untuk menyimpan rm365 dalam 1 masa. lebih baik dilakukan setiap hari. secara psikologinya, apabila kita melihat angka yang lebih besar, semakin susah untuk kita melakukkan nya. lebih baik dia buat setiap hari. bak kata pepatah "sikit sikit lama lam jadi bukit" memang ada kebenaranya. bagi duit syiling saya terus memasukkan ke dalam tabung tanpa mengiranya. apabila semakin berat saya akan menukar kepada wang kertas dalam terus simpan ke dalam bank. menabung juga boleh dilakukan dengan menyimpan duit lebih atau baki selepas kita membeli barang. contohnya kita membeli sepasang kasut berharga rm92. duit yang dikeluarkan dari ATM mesin adalah rm100. baki rm8 akan dimasukkan terus ke dalam tabung. walaupon menabung tidak menjadikan kita kaya tetapi ia dapat mengelak aliran tunai keluar.


menguruskan wang peribadi adalah sangat penting. cuma kita renung sejenak. aliran tunai masuk (gaji) hanya sebulan sekali tetapi aliran tunai keluar berkali kali. dan ia nya berlaku setiap hari. tanpa pengawalan wang kita akan hilang begitu sahaja. kita selalu mendengar "duit habis banyak tapi satu barang pon tak nampak" (yang dibeli). pengurusan kewangan wang teratur akan dapat mengelak daripada berlakunya situasi di atas. ia juga dapat meringankan bebanan kita. pada hari ini semua barang naik. kenaikan harga barang ini telah mengakibatkan kuasa membeli kita semakin berkurangan. sebagai contoh dalam masa 20 tahun akan datang kita mempunyai duit sebanyak rm500,000. tetapi nilai tersebut cuma rm350000. mengapa? ini disebabkan oleh inflasi. inflasi telah banyak meragut nilai atau kuasa membeli wang. hampir setiap tahun inflasi meningkat sebanyak 1.5 - 4% setahun. jika kita ambik contoh peningkatan inflasi setiap tahun adalah 1.5% maka dalam mase 20 tahun akan dapat adalah sebanyak 30%. adakah kita kewangan kita telah cukup untuk menghadapi masa akan datang?

pengurusan kewangan