Tuesday, July 6, 2010

Pengagihan pendapatan

mengagihkan pendapatan yang diperolehi

pengagihan pendapat ini adalah penting. banyak terlupa, tidak tahu atau sengaja mengabaikannya. tidak kira lah sebanyak mana gaji anda, pengagihan atau pecahan mesti dilakukan. sekiranya tidak dilakukan maka kita berada dalam keadaan kritikal. sebagai contoh, setiap bulan selepas mereka mendapat gaji, apa yang mereka fikir pertama sekali adalah shopping. ini adalah satu tindakan yang salah dan merugikan diri sendiri. pengagihan pendapatan boleh mengelakkan diri kita daripada pokai, kekurangan mahupon muflis. di bawah adalah contoh2 pengagihan/pecahan pendapatanuntuk diri sendiri = 10%

1. untuk diri sendiri = 10%
2. perbelanjaan (termasuk membayar hutang) = 70%
3. tabung kecemasan = 10%
4. untuk dinikmati = 10%

pengagihan ini hendaklah dilakukan secara berturutan seperti di atas. jangan sekali-kali kita cuba menukar kedudukannya. banyak orang meletakkan no.4 berada paling atas. ini adalah cara yang salah. sekiranya kita meletakkan no.4 paling atas kemungkinan peratusannya akan menjadi lebih besar.mungkin akan menjadi 30 - 40%. ia akan membawa kesan kepada no.1, no.2 dan no.3 ramai yang selalu berkata mereka tidak boleh menyimpan kerana mereka meletakkan no.4 paling atas. di sini telah terbukti. disiplin memainkan peranan paling penting dalam pengurusan kewangan. sekiranya kita melakukannya ini bererti kita tidak amanah. tidak amanah kepada diri kita sendiri.


untuk diri sendiri

duit yang kita agihkan untuk diri sendiri boleh disimpan di dalam ASB. simpan di dalam ASB agak susah untuk dikeluarkan. berbanding simpan di dalam akaun simpanan bank. kita juga boleh menyimpan di bank tetapi biarlah akaun tersebut tak ada kad. sekiranya ada kad kemungkinan besar duit itu akan dibelanjakan juga. simpan di dalam ASB lebih bagus kerana setiap kita akan mendapat dividen sebanyak 5- 10% setahun. keuntungan pelaburan ini memang dijamin oleh kerajaan walaupon keadaan ekonomi dunia meleset.


perbelanjaan

agihan atau portion untuk bahagian perbelanjaan boleh dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu perbelanjaan dan juga membayar hutang. 40% untuk perbelanjaan seharian termasuk lah makan, minum, tol, petrol, parking, beli surat khabar dll. 30% untuk membayar utang2 seperti hutang kereta, rumah, pelajaran,kad kredit dll.


tabung kecemasan

tabung kecemasan ini adalah duit yang disimpan diwaktu kecemasan. seelok2nya jangan di simpan bersama duit untuk diri sendiri. bukak 1 akaun simpanan untuk tujuan ini. ada setengah orang membuat tabungan untuk kecemasan ini dengan membeli insuren/takaful. kita boleh membeli insuren serendah rm100 sebulan. membeli insuren menguntungkan kerana ia bukan sahaja melindungi duit kita tetapi ia juga melindungi owner sekali. jika kita tidak penah membuat tuntutan (claim) kita akan mendapat balik duit kita bersama dividen. kebanyakan dividen yang dibayar oleh pihak2 insuren purata 18 - 25% selepas tempoh matang. sebaik contoh kita ambik insuren selama 20 tahun


rm100 x 12 x 20 = rm24000


katakan dividen 24%


rm24000 x 24/100 = rm29760


dalam masa 20 tahun akan datang kita akan mendapat rm29760.


pengagihan pendapatan ini juga boleh dipraktikkan dengan membukak beberapa akaun bank. kaedah ini yang saya praktikkan sekarang. jangan biarkan wang kita berada dalam 1 akaun sahaja. secara logiknya, apabila kita biarkan wang dalam 1 akaun kita akan nampak wang kita banyak. cara terbaik bahagikan ke dalam beberapa akaun. contoh :-


rhb = gaji masuk

maybank = untuk membayar hutang

cimb = untuk perbelanjaan

affin = simpanan

tabung haji = duit kecemasan


kaedah ini memerlukan kerajinan. apabila kita terima gaji cepat2 kita bahagi kan. sekiranya kita malas hendak beratur di ATM cash deposit lakukkan melalui on-line. pada hari ini, kebanyakkan bank telah ada perbankan melalui internet. sekiranya hendak memasukkan duit ke akaun ASB melalui on-line boleh. di maybank2u telah ada perkhidmatan ini. ia mengambil masa 1 hari untuk masuk ke akaun ASB. selepasa 1 hari sila kemaskini buku akaun anda.




pengurusan kewangan